Sunday 30 September 2012

sedih...

kadang2 kita sedih  bila ALLAH xpenuhi hajat kita, kadang2 kita sedih dan rasa ALLAH xpenah adil dengan kita.. kadang2 kita sedih bile kita dikecewakan oleh ALLAH...

tapi kenapa kita xpk selama ni kita xpernah pun ikut cakap ALLAH.. kita xpernah pun adil dengan ALLAH.. tapi kenapa time kita sedih kita menuntut keadilan drpd ALLAH???

kenapa ALLAH xbg kita benda yang kita mahu... sebab ALLAH bg kita benda yang kita perlu dan kita mampu... kenapa ALLAH xbg kita mcm dia bg kat org lain?? sebab ALLAH ada benda lain yg dia nak bg kat kita.. tanpa kita duga... tanpa kita mintak.. tanpa kita merintih..

kita pk lg... kenapa kita xlayak  untuk dapatkannya??? sbb mungkin kita xmampu... n mungkin tu bukan rezeki kita.. jangan la bersedih wahai hati... akan menunggu sesuatu yang baru dan lebih baik buat kamu^^



menangislah semahumu... kerana itu mampu mengubat hati...
yakinlah ALLAH syg pada setiap hambanya...

Saturday 29 September 2012

tanggungjawab seorang insan bergelar IBU..

IBU itu indah dipandang, cantik dilihat, rindu bila berjauhan.. ibu itu anugerah tidak ternilai.. manjadi seorang insan bergelar ibu banyak dugaan, banyak juga pengorbanan.. tiada aku di dunia tanpa ayah dan ibu.. tiada aku di dunia tanpa kasih dan cinta seorang ibu dan ayah.. tiada aku di dunia tanpa rasa kasih dan sayang mereka.. IBU.. melihatmu suatu kebahagiaan..

menjadi seorang ibu bukanlah mudah... perlukan kesabaran melayan kerenah anak-anak.. ada yang menangis, ada yang malas, ada yang ketawa tak reti berhenti.. hahahaha... ibulah yang harus mendidik.. ayah sibuk kerja... balik tengok anak-anak dah tido... kadang-kadang g kerja pon anak masih tido.. apa boleh buat.. nak sara keluarga...

tapi zaman sekarang anak-anak ada banyak IBU, ada ibu jagaan, ada ibu peliharaan, ada IBUKU CIKGUKU!! ekonomi zaman sekarang membuatkan seorang IBU harus bekerja untuk membantu si ayah mencukupkan keperluaan anak-anak.. kadang-kadang anak-anak terbiar sendiri tanpa jagaan.. kadang-kadang ada pulak anak mintak duit terus bagi!!! ibu nak beli buku... ibu nak beli hanphon... ibu nak ipad4.. ibu nak itu nak ini... biasalah... sifat kelembutan seorang ibu akan sentiasa bersimpati dengan anak mereka.. pantang anak merajuk..

tapi dunia sekarang jauh berbeza.. anak-anak xtau nak menghargai.. setiap titih peluh ibu ayah diabaikan jer.. maklumlah...semua benda dpt... semua bnda "touch n go"..

DUNIA skrg nape anak muda nak jd ibu cepat?? dorg sng2 je kn nk jadi ibu... tanpa menjalinkan ikatan yang sah?? senangnya nk jd ibu... senangnya nk jd istri... dah xda procedure da... dorg xrasa ke benda tu bukan mudah..huhuhu.. menjadi seorang ibu tu harus menjalani banyak ujian-ujian.. cubelah kita fikir sejenak... generasi akan datang kita mahukan qualiti atau quantiti?? mahukah kita generasi yg semakin punah dan hancur...


tiadakah beza tumbuhan yang sama,
sekiranya tumbuh dilain lapangan,
sepohon di taman,
sepohon di belukar gersang,
adakah mulia peribadi anak,
sekiranya menyusu pada IBU yang rosak pekertinya...

*selamat beramal
buat ibuku yang tercinta... aku berbangga ada kamu dihatiku^^ ada kamu menemaniku..

Friday 28 September 2012

perhiasan kebaikan

20ct 1990

time ni aku dilahirkan, ibu kata aku cute.. than ibu letak nama PERHIASAN KEBAIKAN..

nape ibu letak nama along PERHIASAN KEBAIKAN??

ibu kata, ibu nak along jadi contoh, perhiasan tu kan cantik, semua orang suka.. tapi biarlah perhiasan tu tunjuk yang baik-baik.. kalau along pakai ketat-ketat nanti semua orang ikut ketat-ketat.. kan jadi PERHIASAN yang melalaikan... cube along pakai yang labuh-labuh.. PERHIASAN KEBAIKAN kepada MUSLIMAH-MUSLIMAH.. ada sebab setiap nama tu diberi.. dan nama yang diberi adalah anugerah Allah.. kalau x mungkin ibu letak nama along lain lagi^^

tapi bu nape susah nak jadi PERHIASAN KEBAIKAN mcm nama along??

setiap amal yang kita lakukan bukan datang sendiri, kadang-kadang kita kene paksa diri kita untuk melakukan amal KEBAIKAN.. kalau asyik nak mengharapkan hidayah je sampai mati la kita xdapat apa-apa... along xnak sumbang apa-apa ke dalam agama?? sekurang-kurangnya ajaklah orang jadi baik, bukan tunjuk baik tapi sama-sama jadi baik...

tapi along banyak buat salah kat Allah...

xpe, Allah tu maha pengampun, maha penyayang, maha mengasihani, sesungguhnya Dia menerima segala taubat kita.. cari dan kejarlah CINTA Allah sebab ibu nak along jadi seperti nama along yang Allah anugerahkan buat along^^

lov my mum...PUAN NORMAH BONARI

surah an-Nisaak, ayat 1

"wahai sekalian manusia. Bertakwalah pada Tuhanmu yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada kedua-duanya Allah mengembangkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta antara satu sama lain, dan periharalah hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu"

=istikharah cinta


mengapa perlu istikharah??

-memoohon petunjuk Allah supaya memilihkan dan menentukan yang terbaik disisi-Nya untuk diri kita. Petunjuk Allah didambakan dalam apa jua urusan hidup kerana sebagai hamba Allah, kita lemah dalam membuat keputusan yang terbaik.

Istikharah Cinta

Istikharah cinta memanggilku.. memohon petunjukkamu..
istikharah cinta membawa aku terbang kembali ke masa silamku, mencari diriku di sebalik dosa2ku.. di saat aku sendiri, cuba bermuhasabah mencari siapakan cinta yang lebih aku utamakan?? deraian ayer mata mula menghiasi di pipiku.. mencari2 jawapan pastiku, layakkah aku di terima sebagai hambaMU.. Engkau menilai setiap kebaikanku, Engkau menerima taubatku, tetapi aku leka dengan duniaMU... pantaskah aku hidup di syurgaMU?? mencari jawapan di sebalik dosa2 yang pernah aku lakukan... menangis aku sendiri..  aku malu ya ALLAH...




Begitu luar biasa bentuk cinta hakiki
yang berlandaskan kasih Ilahi,
Ibarat pohon dalam hati,
Akarnya adalah kepatuhan kepada Allah,
Dahannya adalah makrifatullah
iaitu mengenai Allah,
Rantingnya takut pada kemurkaan Allah,
Daunnya malu kepada Allah,
Buahnya adalah istiqamah,
Air dan bajanya adalah zikrullah.
~istikharah cinta~

perhiasan kebaikan

Friday 16 December 2011

dari wall rakanku^_^

☀♥•*¨`*•.*►15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA◄*.•*¨`*• ♥☀

Daripada Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah s.a.w. bersabda:

 

"Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada  mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu

2. Amanah dijadikan satu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami memperturutkan kehendak isteri

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawan-kawannya

7. Suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. Suara ditinggikan dalam masjid

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka

10. Seorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

11. Khamar (Arak) diminum di merata tempat

12. Kain sutera banyak di pakai oleh kaum lelaki

13. Para artis-artis disanjung-sanjung

14. Muzik banyak dimainkan

15. Generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menaanti angin merah atau gempa bumi ataupun
mereka akan diubah menjadi makhluk lain.



:: HR. Muslim ::

Thursday 10 November 2011

RAJA.BENDAHARA, DAN PENJAHAT DALAM DIRI

RAJA-HATI


hati boleh diumpamakan sebagai raja dalam kerajaan diri seseorang. Sebagai raja, hati membuat keputusan dan mengeluarkan perintah untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh rakyat-rakyatnya yang terdiri daripada seluruh anggota badan.
" Rasulullah s.a.w. dalam sebuah sabdanya menegaskan bahawa jika hati baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan bergitulah sebaliknya"


daripada al-Nu'man bin Basyir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"ketahuilah dalam tubuh anak adam, ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan. Jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah daging itu adalah hati."
riwayat al-Bukhari, al-Jami'al-Sahih, Maktabah Salafiah, 1400H, no.52)


BENDAHARA-AKAL
namun raja(hati) mendapat nasihat daripada bendaharanya. Bendahara dalam diri manusia adalah akal. Akallah yang memberi input untuk hati membuat keputusan dan arahan. Jadi untuk mengubah sikap, tidak cukup dengan hati sahajabaik, tetapi akal yang menasihatinya juga mesti baik. Jika tidak, akal memberi input-input jahat kepada hati. "fikir itu pelita hati"


MUSUH-NAFSU
Dalam diri manusia ada nafsu, yang secara tabiinya (nature) memang jahat. Nafsu merupakan musuh dalam diri yang jika tidak dikawal dan dilatih mampu mengotori hati dan menguasai akal. Walaupun bergitu, nafsu tidak boleh dihapuskan. Ia hanya perlu diuruskan. Ia adalah sebahagian daripada diri kita yang sangat penting untuk kelangsungan hidup.
" apa jadi kalau nafsu tidak ada? kita tidak akan ada tenaga untuk bekerja. apa jadi kalau nafsu seks tidak ada? keturunan akan terhenti, generasi akan terhapus."
Jadi, nafsu diperlukan dan ia penting. Tapi cabaran buat kita ialah bagaimana mendidik, melatih dan menguruskannya. Inilah yang diperingatkan oleh Imam Ghazali yang mengupamakan nafsu sebagai kuda liar-jika mampu dijinakkan, ia akan menjadi kuda tunggangan yang baik tetapi jika sebaliknya, kuda itu akan menendang tuannya.

** ada sahabat pernah menyoal kepada saya 'sabar itu sebahagian iman' saya nampak orang tu beriman tapi dia cepat xsabar, cepat fikir negatif, cepat bentindak negatif.. so macammana la???
hihihih...selamat beramal^_^