Thursday 10 November 2011

RAJA.BENDAHARA, DAN PENJAHAT DALAM DIRI

RAJA-HATI


hati boleh diumpamakan sebagai raja dalam kerajaan diri seseorang. Sebagai raja, hati membuat keputusan dan mengeluarkan perintah untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh rakyat-rakyatnya yang terdiri daripada seluruh anggota badan.
" Rasulullah s.a.w. dalam sebuah sabdanya menegaskan bahawa jika hati baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan bergitulah sebaliknya"


daripada al-Nu'man bin Basyir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"ketahuilah dalam tubuh anak adam, ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan. Jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah daging itu adalah hati."
riwayat al-Bukhari, al-Jami'al-Sahih, Maktabah Salafiah, 1400H, no.52)


BENDAHARA-AKAL
namun raja(hati) mendapat nasihat daripada bendaharanya. Bendahara dalam diri manusia adalah akal. Akallah yang memberi input untuk hati membuat keputusan dan arahan. Jadi untuk mengubah sikap, tidak cukup dengan hati sahajabaik, tetapi akal yang menasihatinya juga mesti baik. Jika tidak, akal memberi input-input jahat kepada hati. "fikir itu pelita hati"


MUSUH-NAFSU
Dalam diri manusia ada nafsu, yang secara tabiinya (nature) memang jahat. Nafsu merupakan musuh dalam diri yang jika tidak dikawal dan dilatih mampu mengotori hati dan menguasai akal. Walaupun bergitu, nafsu tidak boleh dihapuskan. Ia hanya perlu diuruskan. Ia adalah sebahagian daripada diri kita yang sangat penting untuk kelangsungan hidup.
" apa jadi kalau nafsu tidak ada? kita tidak akan ada tenaga untuk bekerja. apa jadi kalau nafsu seks tidak ada? keturunan akan terhenti, generasi akan terhapus."
Jadi, nafsu diperlukan dan ia penting. Tapi cabaran buat kita ialah bagaimana mendidik, melatih dan menguruskannya. Inilah yang diperingatkan oleh Imam Ghazali yang mengupamakan nafsu sebagai kuda liar-jika mampu dijinakkan, ia akan menjadi kuda tunggangan yang baik tetapi jika sebaliknya, kuda itu akan menendang tuannya.

** ada sahabat pernah menyoal kepada saya 'sabar itu sebahagian iman' saya nampak orang tu beriman tapi dia cepat xsabar, cepat fikir negatif, cepat bentindak negatif.. so macammana la???
hihihih...selamat beramal^_^

Wednesday 9 November 2011

sajak Aminah Qutbi

^_^ terasa menarik sangat2 sajak ni...2 yg share...hihihihi






sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.


sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.


ya Allah,
seandainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh- Mu padaku,
maka,
campakkanlah kedalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu,
namun,
seandainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah mengharungi ujian,
yang kau berikan kepadaku...




mud: dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk perempuan yang baik (surah An-nur 24:26)


**aminah Quth merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Quth yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya..

banyak kita boleh blajar dari sini^_^ jom2...

remeh temeh tentang solat

apakah hukum keluar dari masjid selepas azan dikumandangkan?

sepatutnya apabila azan dikumandangkan, kenalah tunggu hingga solat ditunaikan. kalau kita keluar dari masjid lalu balik kerumah atau singgah kekedai kopi minum te tarik dulu, silap gayanya kita di "tarik" hingga terlepas solat jemaah di masjid itu. oleh itu, amalkan keluar meninggalkan masjid selepas azan berkumandang mesti dielakkan. ini kerana sahabat nabi iaitu Abu Huraira r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w menggesa:

terjemahan: "apabila kamu berada di masjid lalu dikumandangkan dengan solat, maka janganlah sesekali kamu keluar (dari masjid) hingga dia bersolat" (riwayat Ahmad)

tetapi kalau ada hajat dan keperluan untuk keluar dari masjid maka tidak mengapalah. contohnya jika wuduk terbatal, tak kan nak solat tanpa wuduk. oleh itu bolehlah keluar untuk berwuduk. begitu juga jika ada sakit umpamanya hidung berdarah dan sebagainya.

orang yang keluar dari masjid ketika azan hakikatnya adalah kaum kerabat syaitan. inilah yang dapat difahami dalam sabda Nabi s.a.w.:

terjemahannya: "apabila diserukan azanbagi solat, syaitan berpaling keluardan baginya kentut hingga dia tidak mendengar azan." (riwayat Bukhari)

selamat beramal ^_^

Tuesday 8 November 2011

cinta Islam, Iman, Amal dan Taqwa



Iman saya cinta kamu, Islam saya juga cinta kamu, sudikah kamu bermadu??? kami sudi saja bermadu... Iman pelengkap saya, Islam juga pelengkap saya.. kamu pula yang bertanggungjawab untuk memelihara kesucian kami.. andai kamu minta kami bermadu dengan Amal dan Taqwa juga aku mampu terima wahai cintaku.. kami akan saling mencintai selagi kamu pupuk cinta kami dengan sebuah islam,iman,amal dan taqwa selagi itu kami bersatu.. kuat disampingmu.. wahai cinta.. andai kau ceraikan kami dari jasadmu pastinya tidak cukup kukuh kamu kerana kami telah ditakdirkan untuk hidup bersama kamu wahai cinta.. menghiasi harimu dengan ayat-ayat al-Quran dan basahan-basahan zikrullah.. dan apabila kamu telah lengkapkan kami di setiap langkahmu.. pasti kamu beroleh keberkatan di akhirnya nanti..
masak sebiji sibuah pelam,
madu tiada yang ada masam, 
menempuh hidup bersama azam,
memang kewajipan seorang islam.


ibu penyayang lagi berbakti,
iman dijaga pendinding diri,
ilham yang benar dari ilahi,
ingatan untuk yang dikasihi.


sayang sungguh si bunga kapas,
sarungnya keras isi melepas,
senang hidup ingatlah batas,
sesal jangan sampai membalas.


riuh ibu ayam mencakar,
rintih anaknya masih terdengar,
rintangan hidup hebat mencabar,
rukun imannya jangan diengkar.