Wednesday 9 November 2011

remeh temeh tentang solat

apakah hukum keluar dari masjid selepas azan dikumandangkan?

sepatutnya apabila azan dikumandangkan, kenalah tunggu hingga solat ditunaikan. kalau kita keluar dari masjid lalu balik kerumah atau singgah kekedai kopi minum te tarik dulu, silap gayanya kita di "tarik" hingga terlepas solat jemaah di masjid itu. oleh itu, amalkan keluar meninggalkan masjid selepas azan berkumandang mesti dielakkan. ini kerana sahabat nabi iaitu Abu Huraira r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w menggesa:

terjemahan: "apabila kamu berada di masjid lalu dikumandangkan dengan solat, maka janganlah sesekali kamu keluar (dari masjid) hingga dia bersolat" (riwayat Ahmad)

tetapi kalau ada hajat dan keperluan untuk keluar dari masjid maka tidak mengapalah. contohnya jika wuduk terbatal, tak kan nak solat tanpa wuduk. oleh itu bolehlah keluar untuk berwuduk. begitu juga jika ada sakit umpamanya hidung berdarah dan sebagainya.

orang yang keluar dari masjid ketika azan hakikatnya adalah kaum kerabat syaitan. inilah yang dapat difahami dalam sabda Nabi s.a.w.:

terjemahannya: "apabila diserukan azanbagi solat, syaitan berpaling keluardan baginya kentut hingga dia tidak mendengar azan." (riwayat Bukhari)

selamat beramal ^_^

2 comments:

  1. thnks for shring... sy baru tau ttg ini. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. sebab 2 lah...hihihih...buku remeh temeh tentang solat ni kalau kita baca insyaALLAH baru kita tau rupanya banyak benda2 remeh pasal solat kita xtau...^_^

    ReplyDelete