Thursday 10 November 2011

RAJA.BENDAHARA, DAN PENJAHAT DALAM DIRI

RAJA-HATI


hati boleh diumpamakan sebagai raja dalam kerajaan diri seseorang. Sebagai raja, hati membuat keputusan dan mengeluarkan perintah untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh rakyat-rakyatnya yang terdiri daripada seluruh anggota badan.
" Rasulullah s.a.w. dalam sebuah sabdanya menegaskan bahawa jika hati baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan bergitulah sebaliknya"


daripada al-Nu'man bin Basyir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"ketahuilah dalam tubuh anak adam, ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan. Jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah daging itu adalah hati."
riwayat al-Bukhari, al-Jami'al-Sahih, Maktabah Salafiah, 1400H, no.52)


BENDAHARA-AKAL
namun raja(hati) mendapat nasihat daripada bendaharanya. Bendahara dalam diri manusia adalah akal. Akallah yang memberi input untuk hati membuat keputusan dan arahan. Jadi untuk mengubah sikap, tidak cukup dengan hati sahajabaik, tetapi akal yang menasihatinya juga mesti baik. Jika tidak, akal memberi input-input jahat kepada hati. "fikir itu pelita hati"


MUSUH-NAFSU
Dalam diri manusia ada nafsu, yang secara tabiinya (nature) memang jahat. Nafsu merupakan musuh dalam diri yang jika tidak dikawal dan dilatih mampu mengotori hati dan menguasai akal. Walaupun bergitu, nafsu tidak boleh dihapuskan. Ia hanya perlu diuruskan. Ia adalah sebahagian daripada diri kita yang sangat penting untuk kelangsungan hidup.
" apa jadi kalau nafsu tidak ada? kita tidak akan ada tenaga untuk bekerja. apa jadi kalau nafsu seks tidak ada? keturunan akan terhenti, generasi akan terhapus."
Jadi, nafsu diperlukan dan ia penting. Tapi cabaran buat kita ialah bagaimana mendidik, melatih dan menguruskannya. Inilah yang diperingatkan oleh Imam Ghazali yang mengupamakan nafsu sebagai kuda liar-jika mampu dijinakkan, ia akan menjadi kuda tunggangan yang baik tetapi jika sebaliknya, kuda itu akan menendang tuannya.

** ada sahabat pernah menyoal kepada saya 'sabar itu sebahagian iman' saya nampak orang tu beriman tapi dia cepat xsabar, cepat fikir negatif, cepat bentindak negatif.. so macammana la???
hihihih...selamat beramal^_^

No comments:

Post a Comment